31.12.13

Tonton Online Drama Ariana Rose (The Wedding Breaker) Episode 2

Author : Nabila Medan Time : 12/31/2013 10:58:00 PM Total Comment : 0 Label :

Tonton Online Drama Ariana Rose (The Wedding Breaker) Episode 2



Pakej Bilik Seminar Di Terengganu

Author : Nabila Medan Time : 12/31/2013 10:53:00 PM Total Comment : 0 Label :

Assalamualaikum

Pakej Bilik Seminar Di Terengganu. Masih ada dikalangan anda yang sedang atau masih tercari-cari Pakej Bilik Seminar Di Terengganu? Apa yang nab nak kongsikan malam ini adalah pakej seminar yang disediakan oleh pihak Sumai Hotel Apartment. Selain menghadiri seminar, anda juga boleh menghirup udara nyaman disini. Dapatlah bekerja dengan tenangkan? Hehe. Kalau kita sebut mengenai seminar atau kursus, pasti kita akan cuba cari tempat yang sesuai, selesa, aman dan lengkap segala keperluannya. Selain keadaan persekitaran, kelengkapan makanan turut disediakan. Di Sumai Hotel Apartment, pelbagai kemudahan dan keperluan yang disediakan bagi memenuhi keperluan pengunjung. Terdapat beberapa pakej seminar yang disediakan oleh pihak Sumai Hotel Apartment iaitu Pakej Korporat, Pakej Pelajar dan juga Pakej Seminar Kerajaan/Swasta. Pakej seminar yang disediakan oleh pihak Sumai Hotel Apartment terbahagi kepada dua iaitu Half Day Seminar dan Full Day Seminar. Nanti jangan lupa cadangkan dekat bos anda untuk buat seminar di Sumai Hotel Apartment ni. Suasana persekitaran dekat sini memang tenang dan damai. Hihi




HALF DAY SEMINAR
Non Residential
RM45 nett per person
(Min. 30 pax plus 2 meals)

Inclusive of ;
- 1 Unit meeting room
- 1 Tea / coffee break with 2 snacks
- 1 Set / buffet Lunch
- 1 Unit PA System with 2 microphones
- 1 Unit white screen
- 1 Unit of flipchart
- 1 Unit whiteboard
- Free Wi-Fi
- Writing material
- Mint and ice water


FULL DAY SEMINAR
Non Residential
RM60 nett per person
(Min. 30 pax plus 3 meals)

Inclusive of ;
- 1 Unit meeting room
- 2 Tea / coffee break with 2 snacks
- 1 Set / buffet Lunch
- 1 Unit PA System with 2 microphones
- 1 Unit white screen
- 1 Unit of flipchart
- 1 Unit whiteboard
- Free Wi-Fi
- Writing material
- Mint and ice water

Pakej Bilik Seminar tak lengkap rasanya kalau takada makanan yang sedap-sedapkan? Kalau anda nak tahu, di Sumai Hotel Apartment terdapat sebuah restoran iaitu Bintang Laut Restaurant. Bintang Laut Restaurant yang diketuai oleh Chef Amin yang mempunyai pengalaman dalam bidang masakan lebih dari 20 tahun. Nab sangat kagum bila mendengar apa yang diceritakan oleh Chef Amin ni. Kalau anda datang ke Kuala Terengganu, nab sarankan untuk anda cuba merasai sendiri makanan yang ada di Bintang Laut Restaurant ni. Memang sangat sedap! Sesuai makan bersama mereka yang tersayang. 


Menu yang paling popular atau yang wajib anda cuba kalau ke sini ialah Tempoyak Ikan Patin. Menu ini adalah menu yang mendapat sambutan dikalangan pengunjung disini tau. Sangat rugi kalau anda datang ke sini, tapi tak cuba rasa Tempoyak Ikan Patin ni. Kalau sekali rasa, pasti anda tidak akan lupa dan rasa nak lagi nak lagi. Hehe. Jadi, jangan lupa cuba Tempoyak Ikan Patin di Bintang Laut Restaurant tau. Suasana di Bintang Laut Restaurant ni sangat kemas dan teratur, staffnya juga sangat pemarah. Masuk je, sudah dilemparkan dengan senyuman manis oleh staff-staff disini.




Selain menu Tempoyak Ikan Patin, ada lagi menu-menu lain yang rasanya tak kurang hebatnya. Sampai sekarang nab takboleh lupa rasanya dekat lidah ni tau. Haha. Menu Western yang paling nab suka dekat Bintang Laut Restaurant ni ialah Grilled Roled Chicken with Mushroom Sauce dihidang dengan Garlic Mashed Potato and Glazzing Vegetable dan tak lupa dengan menu Cream of Black Mushroom Soup, rasanya memang betul-betul sedap. Ada rezeki nak bawa keluarga makan dekat sini. Insya-Allah sebab nak juga bagi keluarga merasa makanan sedap yang ada di Bintang Laut Restaurant ni. Selain Western Food, ada juga Makanan Cina yang disediakan. Senanglah bagi anda yang suka mencuba tu, tak perlu cari jauh-jauh, di Bintang Laut Restaurant macam-macam ada. Sedap-sedap belaka. Rugi sangat tak cuba.





Lagi satu menu menarik yang ada di Bintang Laut Restaurant ni ialah Ikan Bakar! Sekarang Bintang Laut Restaurant sedang mengadakan promosi Ikan Bakar. Memang sangat berpatutan. Boleh makan kenyang-kenyang. RM20 nett seorang untuk dewasa (minimum 30 orang dewasa) dan hanya RM10 nett seorang untuk kanak-kanak. Menarik bukan? Akan dihidang bersama ulam-ulaman, 2 jenis nasi, pencuci mulut, sup dan kordial. Anda tak perlu risau, Bintang Laut Restaurant ni dibuka untuk semua! Bukan mereka yang menginap di Sumai Hotel Apartment sahaja, malah anda yang tidak menginap di hotel itu juga boleh merasa keenakkan makanan yang ada di Bintang Laut Restaurant. Jadi apa tunggu lagi? Bawa keluarga, rakan, saudara-mara datang makan di Bintang Laut Restaurant tau!


Apa tunggu lagi? Takkan nak tengok gambar je kan? Hihi. Kalau nak cuba makanan di Bintang Laut Restaurant atau berminat dengan Pakej Bilik Seminar Di Terengganu yang disediakan oleh pihak Sumai Hotel Apartment. Anda boleh hubungi Ms. Noor Zarimaniza Mohd di talian 014-5243941

Tempat Menarik Di Kuala Terengganu

Author : Nabila Medan Time : 12/31/2013 04:46:00 PM Total Comment : 1 Label :


Assalamualaikum

Anda ingin bercuti di Kuala Terengganu? Tapi tak tahu Tempat Menarik Di Kuala Terengganu? Teruskan membaca entri ini kerana ia mungkin dapat membantu anda mendapatkan info-info penting tentang tempat-tempat menarik yang ada di Kuala Terengganu. Sepanjang trip blooggers di Kuala Terengganu, kami dibawa melihat tempat-tempat yang menarik yang boleh dilawati oleh pihak Sumai Hotel Apartment. Pertama kali nab jejakkan kaki di Kuala Terengganu ni. Perasaan teruja dan ingin tahu tu semestinya ada.

Bukit Panorama
Bagi yang sukakan pemandangan yang indah dan udara yang nyaman, nab sarankan supaya anda lawati Bukit Panorama. Ya Allah, sangat cantik pemandangan dari atas Bukit Panorama ni. Rasa nak lapangkan fikiran tu, yang tension dengan kerja ke, boleh datang dekat sini. Bukit Panorama ini adalah salah satu tempat menarik di Kuala Terengganu yang patut anda lawati! 

Muzium Terengganu
Selepas dibawa ke Bukit Panorama, kami dibawa pula ke Muzium Terengganu, satu lagi tempat menarik di Kuala Terengganu. Memang besar muzium ni, banyak info-info tentang sejarah Terengganu yang boleh dipelajari di Muzium Terengganu ini. Pihak sekolah dan guru-guru boleh buat lawatan sambil belajar dan bawa murid-murid datang melawat di Muzium Terengganu ni kerana banyak sejarah lama yang boleh diceritakan kepada generasi muda. Nab sendiri banyak belajar dan dengar sejarah-sejarah lama di dalam muzium ni. Ada sesetengah orang akan mengantuk kalau dengar pasal sejarah kan? Samalah macam nab, tapi dekat muzium ni insya-Allah anda tak akan berasa mengantuk kerana terdapat pameran menarik yang disediakan. Contohnya seperti keris, tembaga dan lain-lain lagi. Kalau nak tahu, kenalah lawati dan lihat sendiri! Semasa kedatangan kami di sana, kami berasa amat bertuah kerana pada hari tersebut, ada pertunjukan ular sempena cuti sekolah. Seram sejuk jugalah tengok pertunjukan tu. Haha. Mana tak seram sejuk kalau tengok abang-abang tu main dengan ular, ada yang masukkan dalam mulut, ada yang cium. Huihh



Taman Monumen
Taman Monumen di Taman Tamadun Islam ni terdapat replika masjid-masjid yang ada di serata dunia. Masuk dekat Taman Monumen ni dah rasa menjelajah satu dunia, sebab dapat lihat masjid-masjid yang dibina di negara-negara lain. Reka bentuknya sangat unik dan menarik. Anda boleh membawa anak-anak anda ke Taman Monumen ini kerana secara tidak langsung dapat memperkenalkan kepada mereka dengan masjid-masjid yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Di Taman Monumen anda diberi pilihan samaada ingin menyertai lawatan sambil belajar melalui perkhidmatan tram dan buggy, kemudahan basikal atau berjalan kaki. Hikhik. Berjalan kaki lebih seronok kerana dapat rasa seperti sedang menjelajah di seluruh negara gitu. Anda memang harus melawat Taman Monumen ini kerana ini adalah tempat menarik di Kuala Terengganu.


River Cruise
Selain Taman Monumen, di Taman Tamadun Islam juga ada menyediakan pakej bagi sesiapa yang hendak menaiki River Cruise. Memang seronok sebab dapat pusing-pusing dekat situ. Pemandangannya memang cantik, nampak pula Masjid Kristal, terpegun sekejap. Indah sungguh.


STR Batik
Satu lagi tempat menarik di Kuala Terengganu ialah STR Batik. Bagi yang pertama kali atau dah banyak kali bercuti di Kuala Terengganu ni, tak seronoklah kalau tak datang ke STR Batik ni. Kepada mereka yang teringin nak mencanting batik sendiri, korang boleh bincang dengan pengurus STR Batik ni. Selain dapat pengalaman mencanting batik, anda juga boleh beli barangan yang ada di STR Batik ni dan semestinya ada corak batikkan. Boleh dapatkan barangan batik yang asli. Nab sempat beli 2 helai seluar palazo corak batik, kain dia memang sangat lembut dan selesa dipakai. Coraknya juga sangat cantik dan unik, harga memang sangat berpatutan dan lebih murah berbanding tempat yang pernah nab tengok sebelum ni. Hehe

Kini terbukti bahawa Kuala Terengganu mempunyai banyak tempat menarik yang boleh kita lawati. Jika anda menginap di Sumai Hotel Apartment, dan ingin untuk melawati tempat-tempat menarik yang nab sebutkan diatas itu, pihak Sumai Hotel Apartment boleh uruskan untuk anda. Harga memang berpatutan, boleh bincang dengan pihak Sumai Hotel Apartment. Sebelum nab lupa, satu lagi tempat menarik di Kuala Terengganu yang boleh anda kunjungi ialah ICT Pulau Warisan . Jangan ingat di Kuala Terengganu ni tak ada ICT tau. Hehe. Nama pun ICT kan? Wajiblah datang pada waktu malam, kuat sangat angin dekat situ malam-malam. Kalau naik jambatan yang ada dekat situ, berdiri sambil angkat kedua tangan dapat jugak feeling macam cerita titanic gitu. Haha. Bagi yang nak harga promosi daripada Sumai Hotel Apartment, boleh lihat entri ini.

Tonton Online Drama Projek Memikat Suami Episode 2

Author : Nabila Medan Time : 12/31/2013 01:48:00 PM Total Comment : 3 Label :

Tonton Online Drama Projek Memikat Suami Episode 2



Drama Ariana Rose (The Wedding Breaker) Full Episode

Author : Nabila Medan Time : 12/31/2013 12:38:00 AM Total Comment : 25 Label :


ARIANA ROSE mengisahkan tentang Ariana Rose yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita. Ariana bersetuju untuk berlakon kononnya dia sedang mengandungkan anak Tengku Adam demi membantu sahabat baiknya, Tengku Juwita agar perkahwinan itu gagal diteruskan. Tengku Juwita sememangnya tidak mahu bersama dengan Tengku Adam yang terkenal dengan sikap kaki perempuan.

Tonton Online Drama Ariana Rose (The Wedding Breaker) Episode 1

Author : Nabila Medan Time : 12/31/2013 12:34:00 AM Total Comment : 0 Label :

Tonton Online Drama Ariana Rose (The Wedding Breaker) Episode 1



Sinopsis Drama Ariana Rose (The Wedding Breaker)

Author : Nabila Medan Time : 12/31/2013 12:32:00 AM Total Comment : 1 Label :


ARIANA ROSE mengisahkan tentang Ariana Rose yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita. Ariana bersetuju untuk berlakon kononnya dia sedang mengandungkan anak Tengku Adam demi membantu sahabat baiknya, Tengku Juwita agar perkahwinan itu gagal diteruskan. Tengku Juwita sememangnya tidak mahu bersama dengan Tengku Adam yang terkenal dengan sikap kaki perempuan.

Pengakuan palsu Ariana itu ternyata telah memporak-perandakan majlis itu dan perkahwinan Tengku Adam dan Tengku Juwita juga dibatalkan. Bukan reputasi Tengku Adam sahaja di pandang rendah malah maruah keluarga Tengku Adam turut tercalar. Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali Ariana. Jadi, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya.

Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad untuk menculik Ariana dan membawa gadis itu ke Cameron Highlands. Tengku Adam cuba untuk memerangkap Ariana dengan memaksa Ariana membuat pemeriksaan kehamilan. Namun, Ariana tetap bertegas dengan mengatakan Tengku Adam adalah bapa kepada anaknya kerana Ariana telah berjanji dengan Tengku Juwita untuk menyimpan rahsia mereka berdua walau apa pun terjadi.

Tengku Adam masih tidak berpuas hati. Kemudian dia terpaksa menggunakan cara kotor dengan meragut kesucian Ariana. Ariana menyesal dan akhirnya mengakui kebenarannya. Ariana mula membenci Tengku Adam dan sejak itu dia tidak pernah lagi bertemu lelaki yang telah memperkosanya.

Selepas 2 bulan kejadian itu berlaku, Ariana meneruskan kehidupannya dengan melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang terbesar bagi dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Ketika majlis amal diadakan Ariana hadir bersama rakan sepejabatnya, Harith. Entah mengapa Tengku Adam cemburu melihat kemesraan mereka berdua.

Tengku Adam mula menyukai Ariana. Namun, perasaan benci Ariana pada Tengku Adam dituduh tidak pernah berubah. Cara Ariana melayan Tengku Adam juga ternyata berbeza jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan kepada Harith yang jauh lebih mesra. Tengku Adam bertambah hilang pertimbangan apabila Ariana turut mesra dengan bekas sahabat baiknya, Ramzul.

Tengku Adam bermusuh dengan Ramzul kerana Tengku Adam tidak bertanggungjawab setelah mengandungkan adiknya, Liyana suatu ketika dahulu. Liyana juga kini kembali untuk mendapatkan cinta Tengku Adam semula. Liyana sanggup melakukan apa sahaja asalkan Tengku Adam hidup bersamanya. Liyana bertambah tidak keruan apabila cinta Tengku Adam pada Ariana makin mendalam.Tengku Adam pula rimas dengan kehadiran Liyana kerana baginya kewujudan Liyana membuatkan dia lebih jauh dari Ariana.

Sementara itu, Ariana pulang ke kampung setelah diminta oleh ibu bapanya. Ibu bapa Ariana telah merancang untuk menyatukan Ariana dengan pemuda pilihan mereka. Tengku Adam mendapat tahu Ariana akan disatukan mengikut pilihan keluarga. Tengku Adam tidak mahu kehilangan Ariana. Malah Tengku Adam yang selama ini penuh dengan sikap ego, sanggup melutut dan merayu kepada Ariana agar menerimanya sebagai suami. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Ariana akur dengan pilihan orang tuanya atau dia sebenarnya mula menyimpan perasaan pada Tengku Adam yang sudah berubah menjadi lebih baik?


30.12.13

Birthday Present From OwnDesignBook

Author : Nabila Medan Time : 12/30/2013 04:31:00 PM Total Comment : 10 Label :

Assalammualaikum

Birthday Present?? Syukur sebab pada umur 17 tahun, masih ada yang ingin memberi hadiah sempena ulang kelahiran nab. Terharu okay, dah besar pun masih dapat hadiah. Sobsob. Sebenarnya, hadiah ni dah lama sampai. Sampai masa awal bulan november mungkin, tak berapa ingat. Nab punya birthday 30 oktober, jadi tolong alert tarikh ni ya. Kihkih. 

Ceritanya begini, seminggu sebelum 30 oktober, nab blogwalking dekat blog-blog. Tiba-tiba terjumpa satu blog post dekat blog Nursyuhada Johan atau Sweet Bumblebee ni. Blog post mengenai "Own Design Book". Tengok design dia.. memang lawa-lawa sungguh. Kebetulan nab memang tengah mencari hadiah birthday untuk kawan nab yang sama tarikh lahir dengan nab. Kami kembar tak berapa nak iras. Hehe. Lepas tu, tengok punya tengok.. memang dah berkenan sungguh, nab pun whatsapp la akak syu. Perundingan untuk hadiah birthday kawan nab bermula. Cecece. Dah siap bincang, bayar payment semua.. Tunggu kak syu siapkan. Lepas tu, kak syu whatsapp. Tunjuk gambar buku tu, tetiba tengok ada dua buku. Ehhh?? Lagi satu buku tulis "Nabila Medan Punyer". Terkejut jugaklah, lepas tu kak syu kata, tu hadiah untuk nab. Sobsob. Terharu kot. Lepas tu tunggu abang pos laju yang hensem lagi kacak tu hantar..

Pinnnnnnn. Abang pos laju selalu hon sekali je. Hahaha. Dah kenal sangat dengan bunyi tu, lepas dah sain, tatap kejap muka abang pos laju yang kacak lagi comel tu. Kahkah. Okay gurau, takada nya nak tatap bagai. Terus ambil bungkusan dan bukak dengan tertib, tertib la sangat. Haha. Dannnnn.... Ini lah dia ....

Kalau korang nak juga buku design korang sendiri. Boleh hubungi atau lawati
Facebook : https://www.facebook.com/owndesignbook
Instagram : http://instagram.com/owndesignbook
Whatsapp ONLY : 011-26341501 (Syuhada)

27.12.13

Drama Projek Memikat Suami Full Episode

Author : Nabila Medan Time : 12/27/2013 04:35:00 PM Total Comment : 14 Label :


Dijodohkan oleh keluarga, ikuti kisah Una yang berusaha untuk memikat si suami yang hatinya keras seperti batu. Lakonan Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza.

Tonton Online Drama Projek Memikat Suami Episode 1

Author : Nabila Medan Time : 12/27/2013 04:30:00 PM Total Comment : 4 Label :

Tonton Online Drama Projek Memikat Suami Episode 1



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...